BERITA TERKINI
PELANCARAN HOTSPOT DAN LAMAN WEB SEKOLAHBertarikh
30 Jun 2005, Khamis bersempena hari terbuka, sekolah ini turut
mengadakan majlis pelancaran hotspot dan laman web Sekolah.Hotspot
atau dikenali wireless merupakan teknologi internet tanpa wayar.
Pembinaan laman web sekolah pula merupakan satu era baru yang diterajui
oleh sekolah ini seiring dengan kepesatan dunia IT dan tidak
ketinggalan.Majlis
ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tn Hj Hanafi Mohd Ali.
Di samping majlis pelancaran, majlis hari itu juga dilengkapi dengan
pameran-pameran berkenaan teknologi baru dan juga pameran komputer.Majlis
bermula pada jam 10 pagi dimana para ibu bapa dan semua warga sekolah
berkumpul di dewan tempat berlakunya majlis pelancaran. Semua warga
sekolah ini terlibat secara langsung dalam majlis ini. Majlis ini
dengan kerjasama Pegawai Pelajaran Daerah, PIBG, Guru-guru Besar
Daerah, Guru-guru, EthnicNet dan masyarakat setempat.Setelah
perasmian dilancarkan, para tetamu dijemput melawat tapak pameran.
Bermula dengan kaunter web, teknologi mimio, internet telefon, streamyx
dan juga kaunter pameran komputer.Di
kaunter web, tetamu dikenalkan dengan web sekolah dan juga web komuniti
sekolah-sekolah johor. Di bahagian web, angtara aktiviti yang dilakukan
ialah tetamu disarankan memasuki ruangan forum sebagai tempat untuk
para ibu bapa berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak sekolah.
Kaunter mimio pula memperkenalkan teknologi baru yang memudahkan kaedah
PNP (Pelajaran Dan Pembelajaran). Mimio merupakan teknologi yang lebih
menjurus kepada pengaplikasian papan tulis bagi menggantikan
pembelajaran daripada komputer dan monitor.Majlis
ini tamat sekitar jam 1.00 tengahari. Diharapkan dengan adanya hotspot
dan laman web ini, semua pihak dapat menggunakan kemudahan ini dengan
sebaiknya.MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-4Pada
15 Mei 2005 (Ahad), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali
ke-4 yang diadakan di dewan terbuka Sekolah bermula jam 8.00 pagi.
Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli
jawatankuasa dan guru-guru.Tahniah
juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan
malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti
majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.Mesyuarat
PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa
bahru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan
adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan
antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya.Selain
mengadakan Mesyuarat Agong PIBG, Sekolah juga telah mengadakan majlis
perasmian rumah hijau yang ditaja oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Syed Saruat iaitu wakil
Dewan Perniagaan Melayu Negeri.Pondok
rumah hijau telah dibina pada pertengahan tahun 2004. Pondok yang
didirikan berdekatan dengan kantin sekolah dibina untuk kemudahan warga
Sekolah seperti menghias pentas dan sebagainya. |
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
|